Isnin, 29 November 2010

Glamorous Red Carpet

Jamuan Akhir Tahun Kelab Guru dan Staf SMK Jalan Reko telah diadakan di Taman Equestrian, Putrajaya dengan konsep "Glamorous Red Carpet". Tahun ini, saya telah dianugerahkan dengan Anugerah Anjung Reko, anugerah yang julung kali diadakan bagi menghargai sumbangan guru dalam menceriakan dan menghidupkan suasana sekolah.

Terima kasih kepada semua pelajar MPV Landskap dan Nurseri (2002-2010) kerana berjaya menceriakan sekolah ini dengan projek-projek yang telah kita jayakan bersama.

Sabtu, 20 November 2010

HARI GRADUASI PELAJAR MPV SMK JALAN REKO, 15 NOVEMBER 2010


Kacak dan bergaya di Hari Graduasi


Kegembiraan terpancar di mata setiap pelajar.......


Selamat tinggal guru-guru tersayang....doakan kejayaan kami semua......

BACAAN AL-QURAN DAN TERJEMAHAN

Places to See