Isnin, 18 Januari 2010

Kerusi Taman Kayu Dari Kayu-Kayu Terpakai

MPV Landskap SMK Jalan Reko cuba memperbanyakkan penggunaan elemen hardscape selain daripada batu, batu-batu buatan dan simenfero dengan menggunakan kayu-kayu dalam elemen taman. Kayu-kayu terbuang digunakan semula untuk memberi cambahan idea kepada pelajar untuk menjana pendapatan. Kemahiran ini perlu diterapkan supaya pelajar tidak terkongkong dengan elemen buatan simenfero sahaja. Modul ini mendedahkan kepada pelajar tentang kemahiran mengukur, menggergaji kayu, menanda dan menggaris lurus, membuat tanggam, memaku dan lain-lain. Modul ini akan dilaksanakan kepada pelajar MPV pada tahun 2009.

SEBELUM





SELEPAS


1 ulasan:

  1. salam, adakah barangan ini dijual kepada umum?hadijah-seri kembgan

    BalasPadam

BACAAN AL-QURAN DAN TERJEMAHAN